RAMADHAN BERSAMA SMK MATU
Tarikh: 12 April 2025 (Sabtu)
Masa: 7:30 pagi & 12:00 tengah hari
Tempat: Dewan Aula Inspirasi & Asrama SMK Matu
Alhamdulillah, pada Sabtu, 12 April 2025, telah berlangsungnya Sambutan Hari Raya dan Terbuka Asrama SMK Matu bertempat di Dewan Aula Inspirasi, Anjung Rezqi SeMMat serta kawasan Asrama Putra dan Putri.
Program yang bermula seawal 7.30 pagi ini merupakan inisiatif Sistem Keluarga Asrama (SisKA) bagi mengeratkan silaturrahim antara warga asrama, guru-guru, dan komuniti setempat dalam suasana Aidilfitri yang penuh ceria dan bermakna. Program ini juga telah dihadiri Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi Ahli Parlimen Igan P207.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus subur dan diberkati.
#SMKMatu #SisKA #Aidilfitri2025
Disediakan Oleh : Khiril Izdwan
Disunting Oleh : Fairul Naim
RAMADHAN BERSAMA SMK MATU
Tarikh: 27 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 11:00 pagi & 12:20 tengah hari
Tempat: Dewan Aula Inspirasi & Pintu Masuk Sekolah, SMK Matu
Alhamdulillah, Program Bakul Kasih Ramadhan & Syukur Selalu Ramadhan SMK Matu 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf SMK Matu atas sumbangan ikhlas yang diberikan. Semoga amal kebajikan ini dikurniakan ganjaran berlipat ganda di dunia dan akhirat. Ucapan terima kasih juga kepada AJK program yang telah bertungkus lumus, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga sumbangan ini membawa manfaat serta menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada anak didik kita. Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan semua. Semoga keberkatan sentiasa mengiringi langkah kita.
#SyukurSelalu #RamadhanBerkat #SMKMatu
Disediakan Oleh : Khiril Izdwan
RAMADHAN BERSAMA SMK MATU
Tarikh: 27 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 11:00 pagi & 12:20 tengah hari
Tempat: Dewan Aula Inspirasi & Pintu Masuk Sekolah, SMK Matu
SMK Matu telah menganjurkan Program Syukur Selalu Ramadhan bagi mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti serta memupuk nilai kesyukuran di bulan mulia ini.
Antara pengisian utama adalah penyampaian Bakul Rahmat Kasih kepada mereka yang memerlukan serta edaran pek Daging Masak Hitam kepada komuniti. Program ini berjalan lancar dengan sokongan semua pihak.
Semoga inisiatif ini membawa keberkatan dan dapat diteruskan pada masa akan datang.
#SyukurSelalu #RamadhanBerkat #SMKMatu
Disediakan Oleh : Khiril Izdwan