Pertandingan ini di sertai oleh 16 orang pelajar dari kelas 2M6 yang mempertandingkan Inovasi Babat (Pengering Ikan). PBL STEM merupakan salah satu cara pendidikan berdasarkan projek. Pertandingan ini berlangsung pada 6 Disember 2023 dan bertempat di Dewan Tugau, SMK Matu.
Disunting oleh: FN
19 Januari 2024
Program ini diadakan pada 2 Disember 2023 (Sabtu) yang disertai oleh semua pelajar tingkatan 5 beragama Islam yang bakal menduduki SPM kelak. Program ini merupakan inisiatif Panitia Pendidikan Islam dalam meningkatkan pencapaian murid dan mendedahkan teknik-teknik menjawab sebelum SPM sebenar. Sekalung penghargaan kepada Encik Abdul Wafi Suaidi daripada SMK Meradong kerana telah berkongsi ilmu bersama anak-anak dan guru-guru SMK Matu.
Disunting oleh: FN
19 Januari 2024
Kejohanan Softball Peringkat Sekolah diadakan selama 3 hari bermula 27 Novermber sehingga 29 November 2023. Kejohanan ini melibatkan 4 buah pasukan daripada rumah sukan Satria, Waja, Perdana dan Wira.
Disunting oleh: FN
19 Januari 2024