15 hingga 17 November 2024 (Jumaat-ahad) - Pekhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform (PBB) SMK Matu telah berlangsung dengan jayanya pada 15 hingga 17 November 2024 di padang sekolah, melibatkan 180 anggota dari tingkatan 1 hingga 5. Program ini bertujuan memupuk kepimpinan, kerjasama, dan ketahanan dalam kalangan peserta melalui aktiviti seperti masakan rimba, kawad, eksplorasi, pertolongan cemas, dan malam kebudayaan. Peserta tingkatan 1 hingga 4 terlibat sebagai peserta utama, manakala tingkatan 5 bertindak sebagai AJK. Program yang bermula pada petang Jumaat hingga pagi Ahad ini berjaya meningkatkan semangat berdikari dan disiplin dalam kalangan pelajar, sekaligus mencapai objektif yang ditetapkan.
.
Disediakan Oleh: Sahferi
Disunting oleh: MK
21 November 2024
28 hingga 30 Oktober 2024 (Isnin - Rabu) - Kejohanan Olahraga (Kejora SeMMat) telah berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober 2024 di Kompleks Sukan Mini Matu dan SMK Matu. Program ini bertujuan mencungkil bakat sukan dalam kalangan pelajar, memupuk semangat kesukanan, dan mempererat hubungan silaturahim antara peserta. Acara melibatkan pertandingan sukan balapan dan padang, termasuk larian, lompat jauh, lontar peluru, serta aktiviti lain yang menguji kekuatan dan kemahiran peserta. Kejohanan dimulakan pada 28 Oktober dari 6.00 pagi hingga 5.00 petang di Kompleks Sukan Mini Matu, diteruskan pada 29 Oktober dari 2.00 hingga 5.00 petang di SMK Matu, dan berakhir pada 30 Oktober dari 6.00 hingga 11.30 pagi di Kompleks Sukan Mini Matu.
Disediakan oleh: MK
Disunting oleh: MK
1 November 2024
7 September 2024 (Sabtu) - YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, telah mengadakan lawatan rasmi ke SMK Matu. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau keadaan infrastruktur sekolah, prestasi akademik, dan pelaksanaan program pendidikan yang sedang berjalan.
Semasa lawatan, YB Fadhlina mengadakan pertemuan bersama guru-guru dan pentadbiran sekolah untuk membincangkan cabaran serta peluang bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan. Beliau turut meluangkan masa bertemu dengan murid-murid asrama serta memberi nasihat mengenai kepentingan pendidikan dalam membina masa depan negara.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk penambahbaikan kemudahan sekolah, penggunaan teknologi dalam pengajaran, dan sokongan psikososial untuk pelajar. YB Fadhlina menegaskan komitmen Kementerian Pendidikan untuk terus memperkasa sistem pendidikan dan memastikan pelajar mendapat akses pendidikan berkualiti.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian cenderahati daripada Puan Pengetua.
Disediakan Oleh: RJ
Disunting oleh: MK
10 September 2024
7 September 2024 (Sabtu) - YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia telah memberikan respon positif tentang SMK Matu melalui akaun peribadik Tiktok beliau.
Disediakan oleh: RJ
Disunting oleh: MK
02 September 2024
7 September 2024 (Sabtu) - Bertempat di SMK Semop tahniah kepada 16 orang pelajar kelas 5M5 telah mengikuti Bengkel Menjawab Kertas Geografi SPM. Bengkel ini memberi pendedahan kepada pelajar teknik menjawab soalan Geografi SPM dengan betul dan akan membantu sekolah meningkatkan GPMP subjek Geografi SPM 2024. Terima kasih kepada PPD DARO atas penganjuran .. kami berharap memberi impak yang positif pada SPM 2024..
Disediakan oleh: Yahya
Disunting oleh: MK
02 September 2024
30 Ogos 2024 (Jumaat) - Jawatankuasa
Pengurusan Kokurikulum (JPKo) SMK Matu telah mengadakan program Jogathon SeMMat 2024 peringkat sekolah yang mengalakkan penyertaan daripada murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 4. Program ini juga melibatkan pertembungan 4 buah rumah sukan yang ada di SMK Matu iaitu Rumah Satria, Rumah Waja, Rumah Wira dan Rumah Perdana. Program ini mendapat sambutan yang sangat meriah dari seluruh warga SeMMat. Tujuan penganjuran program Jogathon SeMMat ini adalah untuk menambah kewangan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Matu, Unit Kokurikulum SMK Matu dan Kelab Kebajikan Guru dan Staf SMK Matu sekaligus memupuk semangat bersukan dalam kalangan warga sekolah.
Disediakan oleh: Khiril
Disunting oleh: Fairul
02 September 2024
22 Ogos 2024 (Khamis) - Tahniah diucapkan atas penganjuran Program Penetapan Target dan Dialog Prestasi Ibu dan Guru 2024. Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5 SeMMat. Sasaran @ target akademik perlu ada supaya pelajar mengetahui halatuju dan fokus masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang datang bagi menunjukkan sokongan dan kerjasama padu dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Walaupun cuaca hujan, tidak menghalang ibu bapa / penjaga untuk datang sekaligus menyuntik motivasi kepada anak-anak agar terus cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Khas kepada ibu bapa / penjaga calon-calon SPM 2024 taklimat khas berkaitan dengan syarat kelayakan untuk mendapat Sijil SPM juga diberikan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kelas. Selain itu, petua dan nasihat berguna daripada Guru Kelas kepada murid serta ibu bapa / penjaga juga turut diberi penekanan bagi persediaan anak-anak menduduki SPM tidak lama lagi. Syabas dan tahniah kepada semua pihak. Didoakan semoga anak-anak SeMMat akan cemerlang dalam semua aspek.
Disediakan oleh: FN
Disunting oleh: RJ
23 Ogos 2024
09 Ogos 2024 (Jumaat) - Bagi memastikan motivasi berterusan dan halatuju serta fokus calon-calon SPM terarah, maka Sesi Dialog Calon SPM Bersama Pengetua telah dilaksanakan. Sebannyak 152 orang calon SPM telah didaftarkan pada tahun ini melibatkan lima buah kelas (5M1, 5M2, 5M3, 5M4 & 5M5). Sesi ini melibatkan perbentangan keputusan peperiksaan perbandingan analisis markah TOV, AR1 dan ETR. Selain itu, panduan-panduan serta tips belajar dan menghadapi peperiksaan serta video motivasi turut dikongsikan bagi mengekalkan tahap motivasi tinggi dalam kalangan pelajar. Sama-sama kita doakan anak-anak calon SPM 2024 SeMMat akan mendapat keputusan yang cemerlang. "Selamat menghadapi peperiksaan, Jika Anda Fikirkan Kemenangan, Anda Hampiri Kejayaan" Salam Matu Namamu Kujunjung!
Disediakan oleh: FN
Disunting oleh: RJ
23 Ogos 2024
30 Julai 2024 (Selasa) - Tahniah dan Syabas kepada semua warga dan penuntut SeMMat dalam menjayakan Karnival Kurikulum yang telah dijalankan selama sebulan dari awal bulan Julai. Terima kasih semua atas sumbangan cemerlang anda!
Disediakan oleh: Stella Anak Babai
Disunting oleh: Fairul
08 Ogos 2024
23 Julai 2024 (Selasa) - Tahniah diucapkan atas kejayaan penganjuran Jualan dan Pameran Karnival Kurikulum serta Hari Terbuka Koperasi SMK Matu Berhad 2024. Acara ini telah memperlihatkan kreativiti dan inovasi para pelajar melalui pelbagai pameran dan aktiviti menarik yang mendapat sambutan hangat dari pengunjung. Produk-produk buatan pelajar juga berjaya menarik minat ramai, sekaligus memberikan pengalaman berharga kepada mereka dalam mengendalikan jualan dan pameran. Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyokong acara ini. Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan padu daripada semua pihak. Kami berharap untuk melihat lebih banyak lagi acara yang membawa impak positif kepada warga sekolah dan komuniti pada masa akan datang!
Disediakan oleh: Stella Anak Babai
Disunting oleh: Fairul
08 Ogos 2024
30 Julai 2024 (Selasa) - Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga dan pelajar SeMMat atas kejayaan penganjuran Karnival Kurikulum 2024 yang berlangsung sepanjang bulan Julai, dari 1 Julai hingga 30 Julai 2024. Pelbagai pertandingan telah dilaksanakan dengan cemerlang, mempamerkan bakat serta dedikasi para peserta. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam menjayakan karnival ini! Terima kasih yang teristimewa kepada semua guru-guru
Bidang Teknik dan Vokasional
Bidang Sains dan Matematik
Bidang Bahasa
Bidang Kemanusiaan
Disediakan oleh: Stella Anak Babai
Disunting oleh: Fairul
08 Ogos 2024
12 Julai 2024 (Jumaat) – Sesi lawatan dan ramah mesra pihak KPPK SPBM Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah diadakan pada jumaat baru-baru ini. Lawatan rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Jaya bin Uki dengan melakukan lawatan ke Asrama SMK Matu, Dapur dan Dewan Makan Asrama SMK Matu. Diharapkan dengan adanya lawatan ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
Disediakan oleh: Rahmah Junaidi
Disunting oleh: MK
15 Julai 2024
11 Jun 2024 (selasa) – Lawatan daripada Dr Abang Hut Abang Engkeh Timbalan Pengarah Perancangan & Pengurusan PPD, JPN Sarawak ke SMK Matu telah berlangsung pada tarikh berikut. Lawatan ini adalah untuk memantau dan menilai prestasi akademik serta kokurikulum SMK Matu, selain memberikan bimbingan dan sokongan kepada guru-guru dan pentadbir. Sesi Randau Gerak Kerja Program Transformasi Daerah (DTP) di SMK Matu ini juga membantu untuk memberikan dorongan kepada pihak sekolah untuk lebih kehadapan.
Disediakan oleh: Rahmah binti Junaidi
Disunting oleh: MK
02 Julai 2024
24 - 28 Jun 2024 – SeMMat telah menghantar pasukan Kombo ke peringkat Negeri Sarawak yang disetai oleh 8 orang murid (Penyanyi dan Pemuzik). Pasukan ini dibimbing oleh Cikgu Freda Lee bersama Cikgu Amar. Warga SeMMat mengucapkan tahniah dan terima kasih atas penyertaan di peringkat negeri.
Disediakan oleh: Freda Lee
Disunting oleh: FN
02 Julai 2024
08 Mei 2024 (Rabu) – Seramai 7 orang murid tingkatan 1 dan 2 telah menyertai Kangaroo Math Competition. Pertandingan ini merupakan inisiatif panitia Matematik dalam menggalakkan kemahiran berfikir secara mendalam, menganalisis masalah dan menggunakan pengetahuan matematik mereka dengan cara kreatif. Pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah kepada 7 orang murid atas penyertaan.
Disediakan oleh: Nurul Farhana Noorinee
Disunting oleh: FN
02 Julai 2024
19 Jun 2024 (Selasa) – SeMMat turut menghantar wakil bagi Kejohanan Bola Sepak MSSB Mukah 2024 bertempat di SMK Oya dan Pasukan Bola Sepak L18TKB SeMMat telah mendapat tempat ke-4. Semoga Pasukan Bola Sepak akan terus berusaha dalam mengharumkan nama SeMMat.
Disediakan oleh: Mohd Faris
Disunting oleh: FN
02 Julai 2024
20 - 21 Mei 2024 – SeMMat telah menghantar Pasukan Bola Jaring P18TKB ke Kejohanan Bola Jaring MSSB Mukah 2024. Pertandingan ini dapat mencungkil bakat dan menarik minat murid disamping mencari bakat baru. Semoga pasukan bola jaring SeMMat dapat terus berusaha untuk mencapai kejayaan dan dapat mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi
Disediakan oleh: Law Siew Sing
Disunting oleh: FN
02 Julai 2024
16 April 2024 (Selasa) – Satu strategi untuk menanam minat membaca dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Matu, khususnya murid sehingga mewujudnya tabiat membaca dalam kalangan warga SeMMat. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disampaikan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Justeru itu segala perancangan pelaksanaan nanti akan membuahkan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki.
Disediakan oleh: Law Siew Siang
Disunting oleh: FN
02 Julai 2024
15 Mei 2024 – Program ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada golongan belia khususnya yang berada dalam sistem pendidikan dan peranan murid selaku pewaris negara. Selain itu, menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia. Murid tingkatan 3 telah turut serta dalam program ini.
Disediakan oleh: Muhd Nabil
Disunting oleh: FN
01 Julai 2024
27 Mei 2024 (Isnin) – Tahniah Batch's 06 kerana telah tamat menduduki SPM 2023. Keputusan SPM 2023 telah diumumkan pada 27 Mei yang lalu. Terdapat peningkatan terhadap Peratus Layak Mendapat Sijil (LPMS) iaitu 99.32% dan Gred Purata Sekolah (GPS) 4.95. Satu lonjakan saujana buat sekolah. Warga SeMMat mengucapkan Tahniah atas usaha dan kejayaan dalam SPM 2023.
SELAMAT MAJU JAYA BATCH'S 06
Disediakan oleh: RJ
Disunting oleh: FN
06 Jun 2024
29 & 30 April 2024 (Isnin & Selasa) – SeMMat telah dilawati oleh Nazir daripada cawangan Sibu. Kunjungan tersebut turut melibatkan Sesi Perkongsian Standard 4 SKAS PdPc serta Taklimat Guru Cemerlang. Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, PPD Daro serta dua orang Pegawai SIC+ Sains Matematik, PPD Daro juga turut seta dalam lawatan ini. Semoga memberi manfaat kepada warga Guru SeMMat khususnya dalam sesi PdPc.
Disediakan oleh: RJ
Disunting oleh: FN
06 Jun 2024
23 -25 April 2024 (3 Hari) – Pihak sekolah telah menjalankan Ujian Saringan UKM1 Genius@Pintar Negara. Ujian Saringan tersebut dijalankan dengan kerjasama pihak UKM yang mana ujian tersebut terbuka kepada semua murid sekolah peringkat menengah rendah. Ujian Saringan UKM1 Genius@Pintar Negara Pintar merupakan usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Kolej GENIUS Insan, USIM. Pelaksanaan Ujian Saringan UKM1 di peringkat SMK Matu lebih menumpukan kelas pertama dan kedua dari kelas tingkatan satu hingga tingkatan tiga iaitu seramai 200 orang calon. Ujian ini dilaksanakan di dalam Bilik Mesyuarat SeMMat yang dipantau oleh guru yang bertugas sepanjang pelaksanaan ujian berlangsung.
.
Disediakan oleh: MK
4 Mei 2024
27 April 2024 (Sabtu) – Dengan Kerjasama PBG SMK Matu Program gotong royong telah dapat dijalankan dengan jayanya di sekolah. Kerjasama yang jitu daripada persatuan PIBG telah dapat menjadikan kawasan sekolah lebih ceria dan selamat digunakan oleh seluruh warga SeMMat.
Disediakan oleh: MK
29 April 2024
26 April 2024 - Majlis Ramah Tamah Aidilfitri telah dijalankan pada tarikh yang berikut bertempat di sekitar Dewan MDMD. Majlis ini dijalankan secara besar-besaran di Daerah Matu dengan kehadiran VIP kehormat untuk mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyaratakat di daerah Matu.
Disediakan oleh: MK
29 April 2024
26 April 2024 (Jumaat) – Sambutan Majlis Kongsi Raya SeMMat tahun 2024 telah diadakan di sekolah yang merupakan acara tahunan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua warga sekolah sama ada guru, staf sokongan, exco PIBG, pekerja swasta dan murid-murid sekolah serta tetamu-tetamu jemputan.
Disediakan oleh: MK
29 April 2024
26 April 24 (jumaat) - Mesyuarat tahunan PIBG telah diadakan di Dewan Tugau SMK Matu. Mesuarat ini turut dihadiri oleh YDP PIBG , Pengetua, Guru & Ibu Bapa murid SMK Matu.
Disediakan oleh: MK
29 April 2024
Program - program ini telah berjalan dengan lancar pada 4 April 2024 (Khamis). Program ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Ahmad Jonie bin Zawawi, Ahli Parlimen Igan P207 merangkap Alumni SeMMat.
Disediakan oleh: FN
26 April 2024
2 April 2024 (Selasa) – Program dua dalam satu ini merupakan usaha warga SeMMat dalam membantu warga setempat dan murid SeMMat pada bulan ramadan yang mulia ini. Diharapkan bantuan yang disediakan dapat meringgankan beban kepada penerima.
Disediakan oleh: FN
26 April 2024
Majlis ini telah diadakan pada 26 Mac 2024 (Selasa) bertujuan memperkenalkan kepada murid antara program-program yang telah dirancang oleh sekolah sepanjang sesi persekolahan baru.
Disediakan oleh: FN
26 April 2024
23 April 2024 (Selasa) – Program Jom Membaca 10 Minit diadakan pada hari Selasa jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi. Program ini juga bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 MINIT, sebagai tanda KOMITMEN semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan. Bersama kita semarakkan amalan membaca agar menjadi budaya rakyat Malaysia.
Disediakan oleh: FN
26 April 2024
Program ini ialah salah satu usaha pihak pentadbiran bersama Panitia Pendidikan Islam SeMMat bagi memastikan semua calon SPM kertas 2 Pendidikan Islam 2024 dapat bersedia lebih awal. Sasaran utama ialah kepada murid menengah atas namun dalam masa yang sama didedahkan awal kepada murid menengah rendah bagi memastikan semua bakal calon SPM berjaya menghafal keseluruhan ayat hafazan dengan lancar dengan tajwid yang betul.
Disediakan oleh: NJ
Disunting oleh: FN
22 Mac 2024
10 Mac 2024 (Ahad) – Warga SeMMat ingin mengalu - alukan kehadiran anak – anak asrama bersama ibu bapa/penjaga ke pendaftaran asrama bagi sesi 2024/2025. Kami menjanjikan keselesaan buat anda sepanjang berada di asrama SeMMat seterusnya membantu meningkatkan prestasi akademik anda di samping mengukuhkan nilai tanggungjawab, kesopanan dan ketepatan masa dalam dalam diri anda.
Disediakan oleh: Miss Stella
Disunting oleh: FN
22 Mac 2024
9 Mac 2024 (Sabtu) – Selamat kembali ke sekolah! Tahniah kerana telah menjadi Penuntut SeMMat. Warga SeMMat mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang kepada semua murid Tingkatan 1. Diharapkan dengan kehadiran anda, SMK Matu akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Matu… Namamu Kujunjung
Disediakan oleh: Miss Stella
Disunting oleh: MK
22 Februari 2024
1 Februari 2024 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SeMMat telah menghantar 5 orang murid untuk menyertai Kejohanan Pembangunan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) 2024. Kejohanan ini dirasmikan oleh YB Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (KMN) wakil rakyat Parlimen P207 Igan. Pada kejohanan ini wakil PPKI dari SeMMat telah mendapat tempat seperti berikut :
LELAKI A (7KM)
Mohammad Khairul Nizam bin Amin - Tempat ke-2
Mohammad Nazin Awang Mantali bin Said - Tempat ke-7
LELAKI B (5KM)
1. Mohammad Hady Faizul bin Abdullah - Tempat ke-7
PEREMPUAN A (5KM)
1. Munirah binti Muhammad Rahman - Tempat ke-2
2. Nor Syakira binti Abdul Rahman Saging - Tempat ke-3
Tahniah diucapkan kepada guru-guru PPKI dan juga murid-murid yang telah terlibat dalam kejohanan ini.
Disunting oleh: MK
1 Februari 2024
Warga SeMMat mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM kepada semua calon SPM tahun 2023. Diharapkan kejayaan menjadi milik semua. Selamat Maju jaya & Selamat Berjuang !
Disunting oleh: MK
19 Januari 2024
25 Januari 2024 (Khamis) - Program ini telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan platform terbaik dalam mengeratkan hubungan baik sesama murid dan ibu bapa / penjaga serta guru-guru sebelum menjelang SPM. Selain itu, program ini juga dapat menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa/ penjaga dan guru-guru yang telah mendidik mereka. Ustaz Mohammad Zamari bin Mat Taib, Timbalan PPD Daro, Sektor Perancangan telah memberikan ceramah yang menyentuh hati dalam membina jati diri calon-calon SPM.
Disunting oleh: FN
19 Januari 2024
25 Januari 2024 (Khamis) - Lawatan Kerja Pegawai Sektor Infrastruktur & Perolehan (SIP, JPNS & Pegawai PPD Daro ke SeMMat. Semoga memberi sinar harapan & berita baik kepada SeMMat
Disunting oleh: FN
19 Januari 2024
24 Januari 2024 (Rabu) - Majlis ini diadakan bagi menghargai kejayaan murid-murid SeMMat yang telah bertungkus lumus dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Selain itu, penggunaan nama SeMMat dan Website SeMMat turut dirasmikan oleh Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip, Pegawai Pendidikan Daerah Daro, Pejabat Pendidikan Daro. Ucapan terima kasih atas kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung .
Disunting oleh: FN
24 Januari 2024
18 Januari 2024 (Khamis) - Bencana alam (ribut) telah melanda di SeMMat pada malam 17 Januari 2024. Berikutan itu, kerosakan prasarana seperti bumbung tandas pelajar lelaki, bumbung bangunan pentadbiran, dan beberapa kelas turut terkesan. Runtuhan syiling kelas berlaku semasa waktu PdP berlangsung menjadi kerisauan dalam kalangan warga SeMMat. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat situasi tersebut. Diharapkan proses pembaikkan dapat dijalankan dengan segera memandangkan kelas akan digunakan sebagai pusat peperiksaan SPM 2023 .
Disunting oleh: FN
19 Januari 2024
Januari 2024 - Kejadian banjir yang berlaku di SeMMat ini bukanlah perkara yang asing lagi bagi pihak warga SeMMat. Fenomena ini sering kali berlaku setiap hujung tahun iaitu pada fasa pertukaran tahun (musim tengkujuh). Sehingga pertengahan Januari 2024 kejadian banjir di SeMMat menunjukkan tiada penurunan paras air memandangkan keadaan air pasang dan taburan hujan kini. Namun begitu, pemantauan sepenuhnya daripada pihak sekolah sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa demi keselamatan warga SeMMat.
Disunting oleh: MK
19 Januari 2024
Klinik Intervensi Kecemerlangan Matematik SPM 2023 telah berlagsung pada 6 Januari 2024 (Sabtu) anjuran PPD Daro dengan kerjasama Panitia Matematik SMK Matu. Penceramah jemputan, Moh Heng Ying daripada SMK Chung Hua telah memberikan perkongsian dalam teknik menjawab Kertas 2 SPM. Beliau juga merupakan salah seorang pemeriksa kertas Matematik SPM. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi impak positif kepada pelajar dan SeMMat.
Disunting oleh: FN
19 Januari 2024