SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MATU yang dahulunya lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Matu-Daro merupakan sekolah menengah yang pertama dibina di daerah Matu dan Daro. Sebelum terbinanya sekolah ini, terdapat sebuah sekolah menengah milik persendirian yang dibina oleh Pemanca Abang Haji Abdul Rani bin Abang Adeng dan Datuk Haji Awang Hipni. Namun, sekolah persendirian ini kurang mendapat sambutan penduduk tempatan disebabkan latar belakang mereka sebagai nelayan dan petani yang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang pada ketika itu.
Positifnya, keadaan itu menjadi titik permulaan kepada terbinanya sebuah sekolah menengah kerajaan atas desakan penduduk tempatan yang dahagakan ilmu. Tonggak utama yang terlibat secara langsung dalam penubuhan sekolah ini ialah Abang Haji Abdul Rani bin Abang Adeng dan Datuk Haji Awang Hipni. Tokoh-tokoh ini telah mengemukakan permohonan mereka kepada pihak kerajaan agar sebuah sekolah menengah kerajaan dibina sebagai kemudahan kepada penduduk setempat dan permohonan ini disokong penuh penduduk tempatan. Setelah permohonan tersebut dipersetujui, pihak kerajaan telah memilih tapak di kampong Sekaan Besar kerana kesesuaian lokasinya. Di samping itu,
tapak pembinaan sekolah tersebut juga merupakan tapak yang sama beroperasinya sebuah sekolah persendirian milik dua orang tokoh tadi.
Sepanjang tempo menunggu sekolah baru tersebut sia dibina, pihak kerajaan telah meminjam bangunan Madrasah Al-Islamiah buat sementara waktu bagi menempatkan pelajar-pelajar yang telah mendaftar untuk belajar pada ketika itu. Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mampu menediakan kelas tingkatan 1 dengan dua bilik darjah sahaja. Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan 2 atau peringkat menengah yang lebih tinggi, mereka terpaksa ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Paoh di Sarikei. Setelah sekian waktu, sekolah baru yang dinantikan akhirnya siap dibina pada tahun 1972 yang diterajui oleh Encik Nawi Siri selaku pengetua yang pertama. Sekolah baru itu diberi nama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MATU-DARO. Dengan terbinanya sekolah menengah baru di daerah ini, hamper semua anak-anak muda dari kawasan Matu dan Daro dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Pembukaan sekolah in telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Yang Berhormat Haji Mohammad Yaakob pada hari Rabu tanggal 13 Mac 1974.
Pada awal pembinaanya, sekolah in hanya dilengkapi tiga buah bangunan setingkat yang menempatkan 17 buah bilik darjah. Dua buah bilik daripada bilik darjah tersebut telah diubahsuai pada tahun 1985 untuk dijadikan perpustakaan dan pusat sumber. Sehingga tahun 1985, kemudahan elektrik hanya disediakan selama 13 jam dengan penggunaan generator yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Pada hari ini, sekolah ini telah dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik serta kemudahan internet selaras dengan pembangunan pendidikan Negara.
Selain daripada bangunan bilik darjah, sekolah in turut dilengkapi dengan makmal sains, dewan serbaguna, dan lima buah blok asrama lelaki dan perempuan. Kuaters untuk para guru dan kakitangan sekolah turut disediakan. Sebuah surau juga telah Berjaya dibina hasil daripada sumbangan tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Surau yang boleh menampung seramai 250 jemaah in dibina sebagai kemudahan warga sekolah terutamanya pelajar-pelajar asrama untuk menunaikan solat berjemaah.
Pada tahun 1984, Sekolah Menengah Kebangsaan Matu-Daro bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Matu setelah beroperasinga Sekolah Menengah Kebangsaan To Puan Dato Patinggi Hajjah Normah yang dibina di kawasan Daro. Dengan itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Matu pada hari ini menjadi kemudahan pendidikan menengah yang utama bagi pelajar-pelajar dari sekitar kawasan matu yang terdiri daripada kaum Melanau, Iban dan Cina.
Dasawarsa ini, selaras dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Matu sentiasa dan akan sentiasa mengediakan pendidikan yang berkualiti bag merealisasikan impian PM dalam melahirkan insan terdidik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi Negara Malaysia ke arah Negara yang lebih sejahtera.