Pejabat SeMMat
Pejabat SeMMat secara umumnya merupakan ruangan yang untuk urusan-urusan yang melibatkan pentadbiran, kewangan dan pengkeranian SMK Matu. Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) SMK Matu akan menjalankan tugas-tugas mereka di pejabat ini. Pejabat SeMMat ini juga merupakan ruangan yang menempatkan bilik Pengetua SMK Matu.
Dewan Tugau
Dewan ini dapat memuatkan lebih 800 orang pelajar. Kemudahan asas seperti kipas, lampu, pentas, siaraya, layar LCD, dan projektor dapat digunakan bagi aktiviti pelajar. Dewan ini sering digunakan pada pada hari Selasa (Perhimpunan Rasmi) dan Jumaat (Bacaan Yassin).
Kantin
Kemudahan kantin membolehkan pelajar untuk membeli makanan semasa waktu rehat. Apa yang menariknya, pelajar hanya dibenarkan membeli dan makan di dalam kelas mereka masing-masing. Kemudahan seperti meja dan kerusi di kantin sekolah tidak dapat menampung jumlah pelajar di SMK Matu.
Bangunan Kelas
Terdapat 5 blok bangunan bagi menempatkan pelajar seperti Blok Tingkatan 1 hingga Blok Tingakatan 3 mempunyai 6 buah kelas manakala Blok Tingkatan 4 dan 5 mempunyai 5 buah kelas sahaja. Setaip kelas dilengkapi dengan papan putih dan projektor bagi memudahkan proses PdP berjalan dengan lancar.
Makmal
Makmal merupakan tunjang utama keberhasilan subjek Sains di SMK Matu. Makmal digunakan sepenuhnya oleh guru dan murid untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta turut digunakan untuk menjalankan kerja-kerja makmal.
Bilik Mesyuarat
Bangunan ini menjadi tempat untuk warga SMK Matu menjalankan mesyuarat yang melibatkan perbincangan beekenaan hal-hal pentadbiran, akademik dan kokurikulum. Ruangan ini boleh memuatkan 60 orang sehingga 70 orang dalam satu-satu masa.
Bilik Hal Ehwal Pelajar (HEM)
Hal Ehwal Murid SMK Matu diuruskan sepenuhnya oleh Penolong Kanan HEM khususnya hal-hal yang berkaitan dengan prestasi murid dari aspek akhlak dan sahsiah serta keterampilan mereka. Pengurusan HEM bertunjangkan kebajikan, keselamatan dan akhlak sahsiah murid SMK Matu. Bilik HEM ini berkongsi blok yang sama dengan bilik guru, pejabat SeMMat dan Pusat Sumber.
Bilik Penolong Kanan Pentadbiran
Perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah diuruskan oleh Penolong Kanan pentadbiran SMK Matu. Penolong Kanan pentadbiran juga bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan perancangan strategik sekolah pengurusan pentadbiran dan kurikulum sekolah. Maka dengan itu, bilik yang selesa sangat diperlukan untuk memudahkan proses kerja yang dilakukan oleh pemegang jawatan ini. Lokasi bilik ini terletak bersebelahan dengan Pejabat SeMMat dan dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti kerusi, meja, rak fail dan sebagainya.
Bilik Ketua Bidang
Ketua-ketua Bidang merupakan tulang belakang sekolah yang menguruskan dan bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing. Ketua Bidang juga turut menyediakan dan menilai keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran yang berkaitan dengan bidang. Bilik Ketua Bidang berkongsi ruangan yang sama dengan Penolong Kanan Hem SMK Matu. Kelengkapan dan fasiliti yang mencukupi telah memudahkan lagi ketua-ketua bidang untuk merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan bidang masing-masing.
Pusat Sumber SEMMAT
Pusat sumber SEMMAT merupakan tempat yang menyediakan akses bersepadu khususnya berkenaan dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah diuruskan secara sistematik oleh guru-guru yang terlibat. Kewujudan Pusat Sumber SEMMAT ini telah memupuk tabiat membaca dan menyelidik murid-murid di SMK Matu melalui pencarian maklumat yang sedia ada di dalam Pusat Sumber SEMMAT.
Teratak SEMMAT & Bilik Teratak
Teratak SMK Matu ialah kawasan santai untuk warga SMK Matu membuat perbincangan informal ataupun bermain permainan-permainan mini yang disediakan di teratak ini. Manakala bilik teratak pula terletak bersebelahan dengan teratak SMK Matu. Bilik ini merupakan ruangan menunggu tetamu-tetamu VIP. Ruangan dalaman bilik teratak ini mempunyai kemudahan tempat duduk dan tempat makan yang selesa kepada para tetamu jika ada majlis yang dijalankan di sekolah.
Koperasi Sekolah
Koperasi sekolah menyediakan kemudahan barang-barang keperluan seperti barang-barang persekolahan, pakaian sekolah, makanan dan sebagainya. Kewujudan koperasi sekolah ini telah memudahkan guru-guru dan murid SMK Matu untuk mendapatkan barangan-barangan dengan harga yang murah dan berpatutan. Aktiviti jual beli diuruskan sepenuhnya oleh koperator sekolah sendiri.
Asrama
Asrama SMK Matu terbahagi kepada 2 iaitu Asrama Putra (ASPURA) dan juga Asrama Puteri (ASPURI). Sehingga Januari 2024 asrama SMK Matu ini telah menempatkan 77 orang pelajar iaitu sebanyak 31 orang murid lelaki dan 46 orang murid perempuan. Asrama ini juga mempunyai beberapa blok bangunan yang memisahkan murid lelaki dan murid perempuan. Pembahagian blok adalah seperti berikut.
Asrama Putra (ASPURA)
Asrama putera ada 3 blok
Asrama Jati
Asrama Meranti
Asrama Belian
Asrama Putri (ASPURI)
Asrama Dahlia
Asrama Anggerik
Asrama Raflesia
Asrama Jasmin
Dewan Makan
Dewan makan merupakan kemudahan yang paling penting khususnya kepada murid-murid yang menetap di asrama sekolah. Dewan makan ini digunakan oleh murid asrama untuk mengambil makanan dan makan ditempat yang sudah disediakan. Dewan makan SMK Matu ini mempunyai ruangan yang terbuka yang boleh menampung sebanyak 100 orang dalam satu-satu masa.
Surau Sekolah
Pusat ibadat yang utama di dalam sekolah ini ialah Surau SMK Matu. Surau sekoah ini merupakan tempat bagi mengerjakan ibadah terutama sekali solat secara berjemaah. Aktiviti yang melibatkan kerohanian juga dapat dijalankan di surau sekolah ini disamping dapat mengukuhkan lagi ukhuwah islamiah sesama warga SMK Matu.
Bilik Isolasi
Penyediaan bilik khas ataupun bilik isolasi sebagai alternatif untuk murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan ketika sesi persekolahan sedang berjalan. Penyediaan bilik isolasi ini juga adalah sebagai langkah awal untuk menempatkan murid yang bergejala ataupun kontak rapat Covid-19. SMK Matu menyediakan 2 bilik isolasi untuk murid lelaki dan murid perempuan.
Bilik Guru
Bilik Guru SMK Matu menempatkan hampir 90% guru akademik didalam ruangannya. Keluasan bilik guru lebih kurang 9 meter lebar dan 22 meter panjang. Bilik guru ini juga turut dilengkapi kemudahan-kemudahan yang serba lengkap seperti kerusi, meja, penghawa dingin, mesin pencetak, pantry dan banyak lagi.
Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS)
Bilik BOSS ini adalah tempat simpanan buku teks SPBT SMK Matu supaya buku teks sumbangan kerajaan itu dapat dijaga dengan baik dan efisien serta mampu untuk menjangkau jangka hayat yang lebih panjang. Pengorganisasian maklumat-maklumat buku juga sudah direkodkan untuk memudahkan proses peminjaman buku teks murid-murid di SMK Matu. Antara kemudahan yang terdapat dalam Bilik BOSS ini ialah rak buku, meja, kerusi, kipas, papan kenyataan kaunter dan banyak lagi.
Bilik RBT
Bilik Reka Bentuk dan Teknologi di SMK Matu digunakan untuk memudahkan pembelajaran subjek RBT di sekolah ini. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dan kelengkapan perkakasan yang sedia ada telah membantu murid-murid di SMK Matu ini untuk menjalankan projek-projek yang melibatkan RBT.
Kelas PPKI
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid keperluan khas di SMK Matu. Murid-murid ini akan menjalankan kelas sepanjang hari persekolahan diruangan ini. Guru-guru PPKI turut menjalankan proses pembelajaran berasaskan kraf-kraf tangan, lukisan, masakan dan lain-lain untuk melahirkan murid PPKI yang mampu berdayasaing dengan dunia luar nanti.
Stor Sukan
Stor Sukan SMK Matu digunakan untuk menempatkan peralatan sukan yang menjadi hak milik sekolah. Stor sukan sekolah ini dipantau sepenuhnya oleh guru penyelia iaitu guru sukan yang akan bertanggungjawab menguruskan dan merekodkan keluar masuk peralatan-peralatan sukan. Pembelian dan penerimaan peralatan sukan yang baru juga akan turut diletakkan di dalam stor ini.
PADANG & GELANGGANG
Kemudahan Padang dan Gelanggang di SMK Matu cukup untuk menampung aktiviti-aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti yang melibatkan pendidikan jasmani dan kesihatan. SMK Matu mempunyai beberapa gelanggang untuk sukan-sukan seperti Bola Tampar, Bola Keranjang, Sepak Takraw malahan ruangan gelanggang juga boleh digunakan untuk aktiviti lain.
PADANG
Kemudahan padang juga turut disediakan didalam sekolah SMK Matu ini, lokasi padang ini terletak dibelakang Makmal Sains sekolah. Aktiviti sukan-sukan yang melibatkan sukan padang seperti bola sepak boleh dilakukan di SMK Matu kerana fasiliti padang di sekolah ini dilengkapi dengan tiang gol.
GELANGGANG
Kemudahan gelanggang di SMK Matu cukup untuk menampung aktiviti-aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti yang melibatkan pendidikan jasmani dan kesihatan. SMK Matu mempunyai beberapa gelanggang untuk sukan-sukan seperti Bola Tampar, Bola Keranjang, Sepak Takraw malahan ruangan gelanggang juga boleh digunakan untuk aktiviti lain.
TITI KAYU
Keunikan lain ialah titian kayu yang menjadi laluan utama bagi warga SeMMat untuk ke kelas, dewan, mahupun asrama. Titi kayu yang mereput sering dipantau oleh guru-guru bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini belaku kepada guru, AKP serta pelajar. Bunyi hentakan kaki pada kayu sudah tidak asing bagi warga SeMMat malah menjadi penanda kehadiran guru ke dalam kelas.